Jumaat, 11 Ogos 2017

Lemak penting yang diperlukan badan-Lemak omega 3

LEMAK OMEGA 3

Biasa kita dengar lemak boleh menyebabkan kegemukkan dan tidak baik untuk kesihatan malah mengundang penyakit.

Tapi benarkah semua lemak itu tidak baik ?
Sebenarnya ada juga lemak yang baik dan amat diperlukan oleh badan kita. Contohnya lemak omega 3 memang diperlukan oleh badan kita untuk menyokong proses yang berlaku di setiap sel, tisu dan organ dalam badan kita, tetapi tidak boleh dihasilkan oleh badan dan hanya boleh diperolehi melalui pemakanan dan supplement.


Asid lemak omega 3 terdiri dari dua jenis iaitu DHA dan EPA yang mempunyai banyak manfaat kesihatan.



www.lermarazali.com


Mengapa perlukan Omega 3 ?

Menyokong kesihatan jantung

~ Mengurangkan keradangan.
Keradangan pada badan boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan stroke. Omega 3 bersifat anti inflamasi atau anti keradangan. 

~ Membantu menurunkan tahap trigliserida dan tekanan darah. Trigliserida boleh menyebabkan penyumbatan pada salur darah.

~ Mengekalkan peredaran darah dan irama jantung yang sihat. Apabila ada tempat yang tersumbat darah tidak boleh lalu dengan sempurna. Jantung stress untuk mengepam. Bila perjalanan darah lancar jantung boleh mengepam dengan effisen. 


Menyokong fungsi otak yang sihat

Otak mempunyai 60% lemak. Pengambilan asid lemak yang sihat sangat penting untuk menyokong fungsi otak.

~ Memperbaiki fungsi kognitif dan perasaan. Neuron memerlukan omega 3 untuk sentiasa berfungsi dengan baik.

~ Meningkatkan ingatan, pembelajaran dan perhatian.

~ Melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan. Bila otak sihat, risiko untuk mendapat penyakit alzheimer, dan parkinson dapat dikurangkan.


Menyokong fleksibiliti sendi
Untuk kesihatan sendi yang sihat, Pelicin tidak cepat haus, boleh bergerak dengan sempurna dan tiada keradangan badan perlu cukup nutrien. Omega 3 berfungsi untuk membantu kurangan keradangan dan menghalang masalah sendi.


~ Pelincir semulajadi, menyenangkan pergerakkan.

~ Mengurangkan kekakuan sendi, meningkatkan fleksibiliti sendi.

~ Mengurangkan keradangan dan melegakan simptom sakit.



Perkembangan bayi

Ibu mengandung digalakkan mengambil omega 3 kerana ianya kaya dengan DHA dan EPA yang sangat baik untuk perkembangan bayi.

~ Menyokong perkembangan otak dan mata bayi.


~ Perkembangan sensori, kognitif dan motor bayi.




Menyokong kesihatan kulit

~ Mengurangkan kekeringan kulit. Omega 3 berfungsi melembapkan dan melambatkan proses kedutan pada kulit.

~ Mengurangkan keradangan penyebab jerawat. Omega 3 membantu mengurangkan keradangan secara tidak langsung membantu untuk mencegah penghasilan jerawat.



Meningkatkan kesihatan imun

~ Meningkatkan fungsi sel B. Sel B merupakan salah satu sel imun dalam badan kita. Sejenis sel darah putih untuk bantu penghasilan antibodi.


~ Meningkatkan kesihatan imun dan aspek lain.


Menggalakkan kesihatan mata

~ Mengelakkan simptom mata kering. Omega 3 sejenis asid lemak yang membantu masalah kekeringan mata.

~ Membantu pengaliran cecair intraocular dalam mata. Orang yang ada masalah pengaliran darah yang tersekat di bahagian mata akan menyebabkan risiko untuk mendapat penyakit seperti glaukoma dan katarak adalah lebih tinggi.




Menggalakkan kesihatan prostat

~ Omega 3 boleh mengurangkan risiko prostatitis. Pembengkakan yang berlaku dibahagian glen ianya boleh menyebabkan masalah pembuangan air kecil dan rasa tidak selesa.   

~ Tahap asid lemak omega 3 adalah lebih rendah pada lelaki yang mempunyai pembesaran prostat.


Meningkatkan kesihatan sperma

~ Memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang membentuk struktur membran sel termasuk sel sperma.


7 sebab mengapa perlu pilih OMEGAGUARD Shaklee.

1. Minyak ikan bergred farmaseutikal. Keberkesanan sangat bagus. 

2. Penyulingan molekul tiga peringkat menyingkirkan komponen berbahaya, ketulenan dan kepekatan tinggi. 

3.Berkepekatan tinggi. Mempunyai EPA & DHA yang tinggi berbanding jenama lain.

4. Mengandungi 7 spektrum lengkap dan asid lemak omega 3 tulen. Termasuk DHA, EPA, ALA, DPA dan sebagainya.

5. Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum.

6. diiktiraf oleh friends of the sea. Mendapat pensijilan dari Friends of the sea.

7. Halal dan diiktiraf oleh kkm.




LERMA ABDUL RAZALI
ID : 1091931
TEL : 013 7836227
PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG
FB : Lerma Abd Razali
FN PAGE : Lerma healty/beauty
COD : Kawasan pasir gudang, Tmn Scientax, Taman Cendana, Kota Masai, Tmn Cahaya Baru, Kg. Kopok, Tmn Desa Rakyat, Tmn Cahaya Masai, Masai, Seri Alam.



shaklee cahaya masai, shaklee pasir gudang,




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan